k0wg yg sy sayang ;)

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru :')


salam readers .
hari ni 16 Mei , kan ?
semua pun mesti tau hari ni hari guru .
hari untuk meraikan guru - guru di seluruh dunia .

guru yang telah memberi ilmu kepada pelajarnya .
guru yang tidak jemu mengajar walaupun terpaksa menjelaskan perkara yang sama setiap tahun .
guru yang terpaksa melayan seribu satu kerenah pelajar .
guru yang terpaksa mengalas beban bagi memastikan setiap pelajar yang dididiknya menjadi orang yang berguna .
guru yang kadang - kadang terima kutukan dan dibenci oleh sebilangan pelajar .

tapi , mereka masih setia menjadi guru .
masih mampu bangun pada awal pagi untuk menjalankan tugas mereka .
masih menyemak buku latihan pelajar di tengah malam .
masih bersedia membuat kelas tambahan walaupun tanpa bayaran .

itulah seorang guru .
sanggup buat apa sahaja asalkan anak didik mereka berjaya .
seorang guru semestinya akan mengalir air mata kegembiraan jika ada antara anak didiknya berjaya mendapat A dalam subjeknya .
seorang guru juga mesti berbangga jika ada anak didiknya berjaya dalam hidup .

sesungguhnya , guru itu tabah hatinya .
walaupun ditimpa pelbagai masalah , mereka masih gagah berdiri di depan kelas .
masih bersemangat mengajar para pelajarnya .

jadi , saya nak ucap SELAMAT HARI GURU kepada guru - guru di luar sana .
terutamanya kepada :
mak
guru - guru SK Jengka 8
guru - guru SK Jengka 3
guru - guru SMK Seri Jengka
guru - guru SMK Seri Lipis
guru - guru KMPH
guru - guru IPDA


tadi saya hantar mesej selamat hari guru kepada seorang guru saya dan balasan mesej dari guru tersebut membuatkan saya berasa tersentuh . 'suatu masa ucapan itu milik awak' . saya berharap saya akan jadi seorang guru yang dingati bukan kerana saya garang atau baik , tetapi saya nak pelajar saya ingat saya kerana saya seorang guru yang berdedikasi . amin :')



3 comments:

mAn mEL said...

hepi teacher's day.. :)

Hans Hanis said...

selamat hari guru

Review Filem Nur Kasih The Movie

AinZahar said...

selamat ari guru buat bakal guru even lambat wish..huhu..msuk mktab gak ea??smela..:D