salam reader(s).
lagi 10 hari 2013 dah nak sampai ke penghujung kan?
kejap je masa berlalu.
so, saya nak amik kesempatan ni la nak abadikan antara aktiviti menarik yang saya buat sepanjang tahun 2013 ini.
alhamdulillah.
18 Nov lalu, saya berpeluang pergi ke Korea.
kalau siapa yang pernah baca or singgah blog ni mesti tahu yg saya ni memang suka kpop and kdrama.
tapi actually, saya memang tak plan langsung nak pergi sana.
angan-angan nak pergi Korea tuh ada la.
cuma tak la sampai target yg saya memang kena pergi Korea jugak.
nak dijadikan cerita, sepupu saya ni takde kawan nak jadikan roomate kat sana.
jadi dia pelawa saya untuk join trip ni.
saya pun apa lagi.
bagai org mengantuk disorong bantal la kan.
laju je cakap yesss!
hehe.
dah alang-alang orang ajak kan.
saya pun taktau bila boleh dapat peluang ni lagi.
pagi 18 Nov. (day 1)
naik flight dari LCCT ke Incheon Airport.
sampai sana dah petang dah.
oleh sebab guesthouse kami kat myeongdong dan jauh dari Incheon Airport,
kami kena solat dulu la kat airport.
kami terpaksa solat kat koridor airport je masa tuh.
alhamdulillah.
semua berjalan lancar.
then, kami pun amik bas ke myeondong dan terpaksa jalan untuk ke guesthouse.
kami sampai kat guesthouse dah petang dah.
even petang, suasana gelap macam malam dah.
korea ni macam ala-ala sabah laa.
cepat gelap.
masa kat korea awal sejam dari Malaysia.
kami rehat dulu sekejap sebelum pergi makan malam.
makan kat area myeongdong je.
kat restoran berdekatan.
nampak sedap tak?
pekerja kat sini masak untuk kami kat sini je.
tak sabar nak makan tengok diorang ni masak live.
masakan ni lebih kurang macam nasi goreng la.
tekak melayu masih boleh terima.
hehe.
yang ni kimchi.
mula mula excited sangat nak try kimchi ni.
since tgk kdrama mmg wajib side dishes ni disebut disebut.
for me, saya tak berapa suka sangat dengan rasa kimchi.
dah kenyang makan, kami pun jalan cuci mata kat area myeongdong.
kat tepi jalan ramai je yang jual.
macam pasar malam kat sini.
then, mata pun mengantuk + letih perjalanan tadi.
kami pun balik ke guest house.
masa untuk tidur!
19 nov (day 2)
kami awal awal dah bangun.
excited nak pergi Nami Island.
guest house kami dekat je dengan subway myeongdong.
jalan kaki dalam 5 minit je.
lepas naik subway, naik kereta api, lepas tuh naik teksi pulak.
memang adventure habis perjalanan kami.
hee.
amik gambar dulu sebelum masuk kawasan Nami Island.
saya dengan ahli trip yang lain.
oleh sebab kami sampai awal kat sini.
takde orang pun.
so, tenang sangat nak amik gambar lawa lawa.
hehe.
kat sini pun boleh naik basikal.
tapi kena sewa la.
and kena bagi IC sebagai simpanan pekerja.
bila da pulang basikal, baru dapat balik IC tuh.
sempat amik gambar dengan pekerja yang jaga basikal kat sana.
cute je kan dia?
kesian dia kena ejek dengan kawan sekerja sebab kami serbu dia nak amik gambar sekali.
hee.
dapat jumpa hero dengan heroin Winter Sonata ini.
first kdrama yang saya tengok masa sekolah rendah dulu.
2 koreans ni kami jumpa masa otw keluar dari Nami Island.
ramai yang amik gambar dgn dorang.
not sure sama ada dorang ni pelakon ke apa.
korang kenal tak??
kami lepas tuh naik teksi pergi Petite France dari Nami Island.
actually, nak naik bas tapi kami dah terlepas bas.
siapa peminat setia Running Man,
mesti kenal tempat ni.
Running Man pernah shoot kat sini.
ep yang ada Taecyeon dengan Nickhun.
:)
lawa kan scenery dengan bangunan kat sini.
tak banyak sangat amik gambar.
since kami sekejap je kat sini.
sejam je.
dengan nak solat lagi.
tak sempat pun nak masuk setiap bangunan.
curi jap awek awek korea amik gambar sekali.
dorang ni penuh dengan aegyo.
cute sangatt.
kami pun gerak ke Garden of Morning Calm lepas tuh.
naik bas dari Petite France.
kat sini cuaca paling sejuk.
sangat lah sejuk.
sampai semua jalan laju laju pegi cafe nak minum minuman panas.
kat sini memang banyak pokok, bunga dengan scenery yang sangat lah cun melecun.
:)
comel kan bas kat sini.
hee.
kami sampai kat myeondong dah petang.
cuaca dah gelap.
jadi, saya decide shopping sekejap kat kedai bawah tanah myeondong.
beli cd dgn brg kpop, baju and kasut.
then, terus balik beraduuu.itulahh pengalaman 2 hari kat sana.
lagi 3 hari saya akan cerita entry lain.
:)
teringin pulak nak pergi New Zealand.
insyaAllah lepas kerja nanti kalau ada rezeki.
tempat mana lagi yang menarik untuk dilawati?
share share la.
:)
1 comment:
seronok nye dah pernah pegi korea!!!
hope one day sye pon dapat pergi sana jugak...
bajet dlm bpe ribu ea?
Post a Comment