k0wg yg sy sayang ;)

Thursday, May 19, 2011

pergilah pawagam sekarang :)


salam readers .
thanks sudi singgah and membaca .
hm . pagi tadi sy ada exam bm .
sy rasa stres sgt lepas habis exm tadi .
hope sy lulus laa paper bm untuk sem ny .
amin .

btw , sy dengan member dah decide nak pergi tengok NUR KASIH THE MOVIE hari ni .
sebab nak relax kan otak ny yg penuh dgn sastera , morfologi dan sintaksis bm .
kire nak release tension la konon ye .


ny poster nur kasih the movie .
maaf . blur .
credit to google .

okay .
bagi sy lahh .
cite ny sungguh padat .
byk konflik .
penuh dgn kesedihan .
sape yg rase mudah tersentuh tuhh kn ,
sila bawak tisu byk byk , okay ?
sbb cite ny mmg byk adegan air mata .
even 5 minit permulaan cite ny pun .
dahh sedih dahh .

dalam filem ny , sy rasa byk dugaan yg nur dan adam terpaksa tempuh .
aidil pun sama .
banyak dugaan yg dyeowg terima .
kowg nak tau dugaan pe ?
sila terjah pawagam berdekatan ye !

serious , x rugi kalau kowg pergi tgk muvi ny kat pawagam .
pemandangan kat dlm muvi ny pun cantik je .
sejuk mata memandang laa .
yg penting , lakonan semua pelakon dlm muvi ny .
semua hebat hebat .

so , apa tunggu lagi ?
pergi lahh kat pawagam .
sama-sama support filem Malaysia :)

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru :')


salam readers .
hari ni 16 Mei , kan ?
semua pun mesti tau hari ni hari guru .
hari untuk meraikan guru - guru di seluruh dunia .

guru yang telah memberi ilmu kepada pelajarnya .
guru yang tidak jemu mengajar walaupun terpaksa menjelaskan perkara yang sama setiap tahun .
guru yang terpaksa melayan seribu satu kerenah pelajar .
guru yang terpaksa mengalas beban bagi memastikan setiap pelajar yang dididiknya menjadi orang yang berguna .
guru yang kadang - kadang terima kutukan dan dibenci oleh sebilangan pelajar .

tapi , mereka masih setia menjadi guru .
masih mampu bangun pada awal pagi untuk menjalankan tugas mereka .
masih menyemak buku latihan pelajar di tengah malam .
masih bersedia membuat kelas tambahan walaupun tanpa bayaran .

itulah seorang guru .
sanggup buat apa sahaja asalkan anak didik mereka berjaya .
seorang guru semestinya akan mengalir air mata kegembiraan jika ada antara anak didiknya berjaya mendapat A dalam subjeknya .
seorang guru juga mesti berbangga jika ada anak didiknya berjaya dalam hidup .

sesungguhnya , guru itu tabah hatinya .
walaupun ditimpa pelbagai masalah , mereka masih gagah berdiri di depan kelas .
masih bersemangat mengajar para pelajarnya .

jadi , saya nak ucap SELAMAT HARI GURU kepada guru - guru di luar sana .
terutamanya kepada :
mak
guru - guru SK Jengka 8
guru - guru SK Jengka 3
guru - guru SMK Seri Jengka
guru - guru SMK Seri Lipis
guru - guru KMPH
guru - guru IPDA


tadi saya hantar mesej selamat hari guru kepada seorang guru saya dan balasan mesej dari guru tersebut membuatkan saya berasa tersentuh . 'suatu masa ucapan itu milik awak' . saya berharap saya akan jadi seorang guru yang dingati bukan kerana saya garang atau baik , tetapi saya nak pelajar saya ingat saya kerana saya seorang guru yang berdedikasi . amin :')